Harta Alih
Jenis Harta Alih adalah harta yang mudah dicairkan seperti duit/mata wang, kenderaan di darat atau di laut, saham, simpanan atau tabungan dan emas. Sifat harta alih adalah harta yang mempunyai susut nilai dimana ia akan di nilai mengikut keadaan dan pasaran semasa.
Harta Tak Alih
Jenis Harta Tak Alih adalah harta yang bersifat kekal dan sukar dicairkan seperti Hartanah iaitu rumah, bangunan dan tanah. Harta Tak Alih lebih kepada sifat kekal dimana harganya semakin tinggi setiap tahun dan tidak ada susut nilai melainkan ia dilelong oleh pihak bank atau harta tersebut berada dalam permasaalahan dengan pihak berkuasa di mana mereka menentukan harga mengikut tuntutan yang berlaku pada waktu itu.